Bulat air kerana pembentung.Bulat manusia kerana muafakat
Indah ungkapan penuh bagi metafora ini.Maya tidak sekali.Di hayati senyum tawa bila kita bersama.Duka kita tinggal bersama bayang hitam semalam
Ikhlas mata hati terpancar.Berseri bak sinaran pagi
Hiraukan putaran ini.Biarkan mimpi dihambat senja
Mencipta melodi di ruang penjara.Meniti alunan menanti sore
Dalam versi yang kita ikrar.kita bulat menempuh lara
: dedikasi khas buat para sahabat yang ikhlas berkongsi peluh.besar harapan agar dapat bersama kalian di setiap reinkarnasi kelahiran.
No comments:
Post a Comment