Jun 16, 2011

cela

gua hebat.

gua gagah.

gua kaya.

gua kalis lupa.


gua ada semua yang dunia ada.

gua ada semua yang lu tiada.

gua langit lu tapak kaki.

gua tercabar lalu murka.

gua berjaki lu berdaki

gua nak jadi semua.


gua.gua lah.lu siapa?


*manusia memang penuh rasa menunjuk nunjuk.sembang lupa mati.

Apr 23, 2011

liga kampung.



kalau dapat refree yang gile tiup wisel.maybe esok hari malang la pada dia.sebab gua dah study habis2 flying kick ala cantona.

selak dua biji panadol antifast lepas maghrib.kain cadar katil kasi string.bantal kasi tepuk2.besar harapan ini dapat tido dengan cemerlang.nak save seberapa banyak energy.


***



ah! mane datang cemerlangnya.main carom pun kalah.

Jun 16, 2010

kompas?



dont afraid to bleed.

hidup.redah.asal boleh.langgar.

Apr 27, 2009

hidup tanpa masalah ialah masalah

sunyi tanpa siulan,rengekan hilai tawa.
lara hati mencengkam langkah.
bagaikan tiada lagi neon menyala.
hanya menanti lambaian pulang.


melodi ini disusun merdu.
dijadikan mimpi oleh si puteri.
namun girang puteri bak semalu.
tatkala mentari menyuluh bumi

***

kukuh sungguh tembok itu.
tak terjangkal dek hati yang terlarang
hanya bekalan hari semalam.
bisa merobek seteguh karang

bayu lembut hadir menyentuh.
berhembus nyaman angin kasihmu.
hujan turun tanpa bisikan.
lapangan dada menanti pemberian


: hidup memang macam-macam, itu normal.

Apr 15, 2009

medical check up form

Suasana yang agak fresh pagi ini seakan melupakan ribut hujan yg melanda tengah malam semalam.tubuh kini tidak lagi bak ekzos patah.Rasa ingin meroyan kian pudar.lalu dijamah ayam kfc tengahari semalam.

:Ayam fast food.semua kerja nak express zaman ni.

Apr 14, 2009

terima kasih sahabat

Bulat air kerana pembentung.Bulat manusia kerana muafakat

Indah ungkapan penuh bagi metafora ini.Maya tidak sekali.Di hayati senyum tawa bila kita bersama.Duka kita tinggal bersama bayang hitam semalam
Ikhlas mata hati terpancar.Berseri bak sinaran pagi

Hiraukan putaran ini.Biarkan mimpi dihambat senja

Mencipta melodi di ruang penjara.Meniti alunan menanti sore
Dalam versi yang kita ikrar.kita bulat menempuh lara


: dedikasi khas buat para sahabat yang ikhlas berkongsi peluh.besar harapan agar dapat bersama kalian di setiap reinkarnasi kelahiran.

Feb 26, 2009

muak

12.30pm - tekan remote tv.kondisi arial yang agak sundal memaksa mata sepet ini dikecikkan.tv penuh pasir.

channel tv ditekan secara rawak.namun tetap berada di channel yang sama.tv no 1 negara.empat mata kini disaji kisah peribadi warga seni yang dijaja.

cilake.cite dibuat-buat.

Feb 13, 2009

cergas

awak laju-laju ni nak pergi mane?

masih terngiyang ngiyang kata-kata janda anak satu rumah sebelah.lepas tolong angkat pasu bunga pecah dia semalam.sikit pun gua tak jawab.dari cara tanya gua dah dapat agak jenis kaki sembang.cite lebih

bersama senyuman malas layan,gua blah.tak hirau berapa banyak soalan janda tu nak hembus macam polis pencen.kepingan pasu bunga jadi saksi pertemuan kali pertama setelah 8 bulan berjiran.

sory.gua memang sibuk dan disibukkan.


Perlayaran yang masih jauh memaksa kepale hotak bertindak lebih cerdas.arus permodenan kian deras merelakan keringat diperah-perah.rasa ketinggalan kini mula menerjah.menfokuskan apa yang penting, besar harapan diri ini agar tidak hanyut dan lemas.



:sekarang bukan zaman termenung oh adik zaman termenung.
gua nyanyi dalam hati

Feb 12, 2009

rangka kata manusia malas

Layar-layar khianat kehidupan yang seakan enggan berhenti membebel hari ke hari, mendesak setiap jiwa umatNya berperang menentang noktah hitam.rasa girang,asyik dan harmoni hanya di rasai oleh segelintir.kini hanya hitam dan putih menjadi panduan.hatta ianya mutlak ataupun tidak, serahkan saja kepada Nur untuk membimbing dan otak hati sebagai alat.

Mari berkhayal tentang tanah indah yang samar-samar untuk digapai.menunglah sejenak tentang luruh hujan yang turun zaman berzaman.hujan yang sama rata ini masih lagi dirogol oleh ketidakadilan jiwa-jiwa yang tidak bercahaya.

Ayuh padamkan rasa melepaskan leher sendiri.Renunglah, yang evolusi hanya bermula dari dalam diri dan tidak akan hadir dengan menunding jari.

dengan rasa besar harapan hati ini.

:Ini rangka kata semalam bagi menyonsong hari esok